Wednesday, October 14, 2009

PENDAFTARAN BARU BAGI TAHUN 2010

Pendaftaran pelajar bagi tahun 2010 telah dibuka sekarang.
TEMPAT ADALAH TERHAD

Tuan puan boleh hubungi atau pergi terus ke PASTI AL KAUTHAR untuk pendaftaran.
Daftar segera demi kepentingan pendidikan anak-anak. Semuga anak-anak tuanpuan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

SKIM PERLINDUNGAN PELAJAR PASTI

Tabung Kebajikan Pasti Pusat telah menwujudkan Skim Perlindungan Murid Pasti sebagai persediaan sekiranya para pelajar menghadapi halangan, kemalangan dan penyakit-penyakit kritikal, ibu atau bapa pelajar meninggal dunia.

Ianya merupakan usaha Pasti untuk membantu dan memberi perlindungan kepada para pelajar semasa belajar di Pasti. Kemalangan seperti patah tangan dan patah kaki juga layak menerima sumbangan tabung kebajikan.

PROGRAM HAFAZAN

Pasti Al Kauthar telah mengambil inisiatif memberi penekanan kepada pelajar-pelajar supaya memhafaz surah-surah ayat lazim, doa harian dan potongan hadith. Pada setiap hari sebelum memulakan pembelajaran pelajar-pelajar diminta membaca surah-surah penting dan doa terlebih dahulu.

Menghafaz surah-surah ini telah menjadi rutin harian.Menurut kajian ana-anak yang menghafaz mempunyai IQ dan EQ yang tinggi dan mempunyai potensi untuk lebih berjaya di masa hadapan. Namun begitu Pasti Al-Kauthar juga turut memberi penekanan dalam akademik supaya anak-anak ini tidak ketinggalan dalam mengikut arus.

SEJARAH TERCIPTA

Alhamdulillah, tahun 2009 ini Pasti Al Kauthar telah menerima pelajar seramai 90 orang. Atas sokongan dan kepercayaan terhadap pendidikan dan matapelajaran yang merangkumi semua aspek agama dan akademik serta ko-kurikulum kanak-kanak, Pasti Al Kauthar terus menjadi pilihan ibubapa.Ini menjadikan Pasti Al Kauthar telah dianugerahkan oleh PASTI Wilayah Persekutuan sebagai Pasti yang mempunyai pelajar teramai.

Pasti Al-Kauthar juga telah di nobatkan sebagai PASTI CONTOH di peringkat Wilayah Persekutuan.Guru-guru yang terlatih yang telah mengikuti kursus Asas Pasti dan kursus Kurikulum yang mengajar kelas 4,5 dan 6 terus memberi komitmen tanpa mengenal erti jemu demi mencapai objektif pendidikan Pasti itu sendiri.

Tahun ini, Pasti Al Kauthar sekali lagi terpilih dalam pertandingan 3K (Keselamatan,Kebersihan dan Keceriaan) dan bertanding di peringkat Kebangsaan di mana Pasti Al-Kauthar telah memenangi tempat KETIGA dan anugerah tersebut akan disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan semasa Sambutan Jubli Perak, di Kelantan pada 30 hb dan 31 hb Oktober nanti.

Wednesday, July 8, 2009

Tamrin Ibadah

Pasti Al Kauthar akan mengadakan perkhemahan tamrin ibadah bagi pelajar-pelajar 6 tahun sahaja.tempat cadangan di Kem Rimba, Hulu Langat. Antara objektif kem ini ialah untuk membantu para pelajar memahami keindahan Islam secara teori dan praktikal, memberi tunjuk ajar serta kaedah yang betul tentang solat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang bermotivasi tinggi dan berperibadi mulia.

Cadangan Pogram akan bermula pada hari Sabtu 25hb Julai 2009 hingga 26hb Julai 2009 (Ahad). Ibu bapa yang berminat bolehlah menghubungi guru Pasti. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM50.00 seorang termasuk makanan, bas dan penginapan.

Peperikasaan Semester Pertama & Penyerahan Kad Laporan Prestasi Pelajar

Peperiksaan Semester Pertama yang dijalankan serentak seluruh Malaysia pada 18hb.Mei, 2009 hingga 22hb Mei, 2009. Kini, semua keputusan telah diperolehi di mana Pasti Al Kauthar akan mengadakan hari penyerahan Kad Laporan Prestasi Pelajar pada 11hb Julai, 2009 bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Semua ibubapa pelajar Pasti dijemput hadir bagi mengambil kad laporan tersebut dan boleh berbincang dengan guru-guru tentang permasalahan pelajaran anak-anak.

PERTANDINGAN BOLA SEPAK & BOLA JARING

Satu pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring telah diadakan di Padang Orang Ramai, Pantai Dalam,Kuala Lumpur pada bulan April, 2009 yang lepas. Pasti Al Kauthar telah menunjukkan kesungguhan bagi memenangi pertandingan tersebut.

Namun begitu, pujian diberikan kepada para pelajar Pasti Al Kauthar atas usaha dan aksi hebat mereka ketika bermain di padang. Pasukan bola sepak telah berjaya ke peringkat suku akhir dan manakala pasukan bola jaring berjaya keperingkat separuh akhir.

Tahniah dan syabas ke atas keberanian dan kecergasan anak-anak Pasti Al Kauthar. Insya-Allah, di masa akan datang kita akan merangkul kejuaraan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sejarah Tercipta

Alhamdulillah, tahun 2009 ini Pasti Al Kauthar telah menerima pelajar seramai 85 orang. Atas sokongan dan kepercayaan terhadap pendidikan dan matapelajaran yang merangkumi semua aspek agama dan akademik serta ko-kurikulum kanak-kanak, Pasti Al Kauthar terus menjadi pilihan ibubapa.

Ini menjadikan Pasti AlKauthar dianugerahkan oleh Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sebagai Pasti yang mempunyai pelajar teramai di Peringkat Wilayah Persekutuan.

Guru-guru yang terlatih yang telah mengikuti kursus Asas Pasti dan kursus Kurikulum seramai 5 orang yang mengajar kelas 4,5 dan 6 terus memberi komitmen tanpa mengenal erti jemu demi mencapai objektif pendidikan Pasti itu sendiri.

Tahun ini, Pasti Al Kauthar sekali lagi terpilih dalam pertandingan 3K (Keselamatan,Kebersihan dan Keceriaan) bertanding di peringkat Kebangsaan yang akan diadakan semasa Sambutan Jubli Perak, di Kelantan.