Wednesday, July 8, 2009

Sejarah Tercipta

Alhamdulillah, tahun 2009 ini Pasti Al Kauthar telah menerima pelajar seramai 85 orang. Atas sokongan dan kepercayaan terhadap pendidikan dan matapelajaran yang merangkumi semua aspek agama dan akademik serta ko-kurikulum kanak-kanak, Pasti Al Kauthar terus menjadi pilihan ibubapa.

Ini menjadikan Pasti AlKauthar dianugerahkan oleh Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sebagai Pasti yang mempunyai pelajar teramai di Peringkat Wilayah Persekutuan.

Guru-guru yang terlatih yang telah mengikuti kursus Asas Pasti dan kursus Kurikulum seramai 5 orang yang mengajar kelas 4,5 dan 6 terus memberi komitmen tanpa mengenal erti jemu demi mencapai objektif pendidikan Pasti itu sendiri.

Tahun ini, Pasti Al Kauthar sekali lagi terpilih dalam pertandingan 3K (Keselamatan,Kebersihan dan Keceriaan) bertanding di peringkat Kebangsaan yang akan diadakan semasa Sambutan Jubli Perak, di Kelantan.