Wednesday, October 14, 2009

SEJARAH TERCIPTA

Alhamdulillah, tahun 2009 ini Pasti Al Kauthar telah menerima pelajar seramai 90 orang. Atas sokongan dan kepercayaan terhadap pendidikan dan matapelajaran yang merangkumi semua aspek agama dan akademik serta ko-kurikulum kanak-kanak, Pasti Al Kauthar terus menjadi pilihan ibubapa.Ini menjadikan Pasti Al Kauthar telah dianugerahkan oleh PASTI Wilayah Persekutuan sebagai Pasti yang mempunyai pelajar teramai.

Pasti Al-Kauthar juga telah di nobatkan sebagai PASTI CONTOH di peringkat Wilayah Persekutuan.Guru-guru yang terlatih yang telah mengikuti kursus Asas Pasti dan kursus Kurikulum yang mengajar kelas 4,5 dan 6 terus memberi komitmen tanpa mengenal erti jemu demi mencapai objektif pendidikan Pasti itu sendiri.

Tahun ini, Pasti Al Kauthar sekali lagi terpilih dalam pertandingan 3K (Keselamatan,Kebersihan dan Keceriaan) dan bertanding di peringkat Kebangsaan di mana Pasti Al-Kauthar telah memenangi tempat KETIGA dan anugerah tersebut akan disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan semasa Sambutan Jubli Perak, di Kelantan pada 30 hb dan 31 hb Oktober nanti.