Wednesday, October 14, 2009

PENDAFTARAN BARU BAGI TAHUN 2010

Pendaftaran pelajar bagi tahun 2010 telah dibuka sekarang.
TEMPAT ADALAH TERHAD

Tuan puan boleh hubungi atau pergi terus ke PASTI AL KAUTHAR untuk pendaftaran.
Daftar segera demi kepentingan pendidikan anak-anak. Semuga anak-anak tuanpuan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

SKIM PERLINDUNGAN PELAJAR PASTI

Tabung Kebajikan Pasti Pusat telah menwujudkan Skim Perlindungan Murid Pasti sebagai persediaan sekiranya para pelajar menghadapi halangan, kemalangan dan penyakit-penyakit kritikal, ibu atau bapa pelajar meninggal dunia.

Ianya merupakan usaha Pasti untuk membantu dan memberi perlindungan kepada para pelajar semasa belajar di Pasti. Kemalangan seperti patah tangan dan patah kaki juga layak menerima sumbangan tabung kebajikan.

PROGRAM HAFAZAN

Pasti Al Kauthar telah mengambil inisiatif memberi penekanan kepada pelajar-pelajar supaya memhafaz surah-surah ayat lazim, doa harian dan potongan hadith. Pada setiap hari sebelum memulakan pembelajaran pelajar-pelajar diminta membaca surah-surah penting dan doa terlebih dahulu.

Menghafaz surah-surah ini telah menjadi rutin harian.Menurut kajian ana-anak yang menghafaz mempunyai IQ dan EQ yang tinggi dan mempunyai potensi untuk lebih berjaya di masa hadapan. Namun begitu Pasti Al-Kauthar juga turut memberi penekanan dalam akademik supaya anak-anak ini tidak ketinggalan dalam mengikut arus.

SEJARAH TERCIPTA

Alhamdulillah, tahun 2009 ini Pasti Al Kauthar telah menerima pelajar seramai 90 orang. Atas sokongan dan kepercayaan terhadap pendidikan dan matapelajaran yang merangkumi semua aspek agama dan akademik serta ko-kurikulum kanak-kanak, Pasti Al Kauthar terus menjadi pilihan ibubapa.Ini menjadikan Pasti Al Kauthar telah dianugerahkan oleh PASTI Wilayah Persekutuan sebagai Pasti yang mempunyai pelajar teramai.

Pasti Al-Kauthar juga telah di nobatkan sebagai PASTI CONTOH di peringkat Wilayah Persekutuan.Guru-guru yang terlatih yang telah mengikuti kursus Asas Pasti dan kursus Kurikulum yang mengajar kelas 4,5 dan 6 terus memberi komitmen tanpa mengenal erti jemu demi mencapai objektif pendidikan Pasti itu sendiri.

Tahun ini, Pasti Al Kauthar sekali lagi terpilih dalam pertandingan 3K (Keselamatan,Kebersihan dan Keceriaan) dan bertanding di peringkat Kebangsaan di mana Pasti Al-Kauthar telah memenangi tempat KETIGA dan anugerah tersebut akan disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan semasa Sambutan Jubli Perak, di Kelantan pada 30 hb dan 31 hb Oktober nanti.